Polisi Privasi
Dikemaskini: Ogos 2026
Jenis Data Yang Diproses
Di peringkat platform, MyPIBG Pro memproses maklumat asas akaun seperti nama, e-mel, nombor telefon, peranan pengguna (pentadbir sekolah, ahli jawatankuasa PIBG, ibu bapa/penjaga atau pelajar) serta rekod aktiviti berkaitan penggunaan sistem seperti log masuk dan sejarah tindakan penting.
Konteks Sekolah, Pentadbir, Ibu Bapa dan Pelajar
Setiap sekolah yang mendaftar di MyPIBG Pro bertindak sebagai pengurus kepada data operasi sekolahnya sendiri, termasuk rekod pelajar, yuran dan komunikasi dengan ibu bapa. Data yang dimasukkan oleh sekolah kekal di bawah kawalan dan tanggungjawab sekolah berkenaan.
Tujuan Pemprosesan
Data diproses untuk membolehkan pengurusan keahlian PIBG, kutipan yuran dan sumbangan, penghantaran makluman sekolah, serta penyediaan laporan dan rekod kewangan yang lebih tersusun bagi pihak sekolah.
Akses Data Mengikut Peranan
Akses kepada data dihadkan mengikut peranan pengguna dalam sistem. Sebagai contoh, ibu bapa hanya boleh melihat rekod berkaitan anak/tanggungan mereka sendiri, manakala pentadbir sekolah mempunyai akses yang lebih luas terhad kepada data sekolah masing-masing sahaja.
Permintaan Akses atau Kemas Kini Data
Sebarang permintaan untuk menyemak, mengemas kini atau membetulkan maklumat peribadi hendaklah dibuat terus kepada pentadbir sekolah berkenaan, kerana rekod operasi sekolah diurus oleh sekolah mengikut polisi masing-masing.
Nota Penting
Rekod operasi sekolah seperti senarai pelajar, status yuran dan komunikasi khusus sekolah diurus oleh sekolah/pentadbir mengikut polisi dan keperluan sekolah masing-masing. MyPIBG Pro menyediakan platform teknikal untuk membantu pengurusan ini secara lebih tersusun, dan usaha yang munasabah diambil untuk melindungi data yang diproses melalui platform.